Cart 0

Berbahayakah penyakit Osteoporosis?

Apa Itu Osteoporosis?

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam.  Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.

Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.


Tanda awal penyakit Osteoporosis?

Penyakit Osteoporosis atau lebih di kenali sebagai 'Silent Disease' dalam dunia kedoktoran terjadi tanpa sebarang gejala. Masyarakat mungkin tidak tahu bahawa mereka mengidap penyakit ini sehinggalah tulang tiba - tiba menjadi begitu lemah. 


Siapakah Yang Memiliki Resiko Terkena Osteoporosis?

🍼  Orang yang sudah berusia di atas 55 tahun

🍼  Wanita yang mengalami menopause

🍼  Gaya hidup yang kurang aktif

🍼  Memiliki sejarah keluarga Osteoporosis

🍼  Ganguan keseimbangan horman

🍼  Perokok

🍼  Orang yang sering mengkonsumi miuman yang beralkohol dan yang mengandungi kafein

🍼  Diet rendah kalsium

🍼  Pemgambilan ubat dalam jangka yang panjang

🍼  Diet tinggi serat & fosfat

Bagaimanakah anda dapat mengelak dari di jangkiti penyakit Osteoporosis?

Pengambilan produk Ostematrix dari Shaklee dapat membantu anda mencegah penyakit Osteoporosis. Ostematrix amatlah bagus untuk mereka yang kekurangan kalsium terutama buat mereka yang tidak suka mengamalkan minum susu setiap hari. Untuk mendapatkan produk ini boleh ke e-store kami.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta saranan penggunaan produk boleh hubungi kami di +6012 - 3465223



Older post Newer post