Cart 0

Keperluan Vitamin C Dalam Kehidupan Kanak - Kanak

Vitamin C adalah keperluan paling penting dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai produk Vitamin C yang terdapat di pasaran untuk turut kita gunakan. Namun begitu, kita terlepas pandang keperluan vitamin C untuk kanak - kanak. Sedangkan keperluan vitamin C amat penting dalam kehidupan mereka. 


Kenapa Vitamin C PENTING?


Vitamin C membina otot yang sihat.

Kanak-kanak yang aktif sedang membina otot-otot mereka maka vitamin C sangat penting bagi memastikan otot - otot mereka terbina dengan baik.

Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh 

Membesarkan anak - anak zaman sekarang dan di bandar lebih mudah terdedah pada pencemaran udara. Apabila imuniti badan kuat, maka keberangkalian mereka untuk diserang demam, selsema dan sebarang penyakit adalah sangat tipis

Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. 

Kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan zat besi. Tanpa vitamin C, zat besi tidak boleh diserap.

Vitamin C penting untuk penyembuhan

Kanak - kanak apabila bermain sering terjatuh dan terluka. Dengan pengambilan vitamin C kadar penyembuhan adalah lebih cepat.

Vitamin C mengubat Selesema 

Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.


Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyenaraikan keperluan Vitamin C dalam kehidupan seharian.

Sejak dari lahir lagi, kanak - kanak telah di ingatkan untuk mengambil Vitamin C. Sukatan yang di berikan haruslah sesuai dengan peringkat umur kanak - kanak.


BAGAIMANA PENGAMBILAN VITAMIN C KEPADA BAYI KE BAWAH USIA 2 TAHUN?


Doktor - doktor di negara Korea sangat menekankan pengambilan Vitamin C kepada bayi sejak mereka di lahir. Kenapa mereka tekankan? Keadaan negara 4 musim membuatkan kanak- kanak berusia 2 tahun ke bawah mudah di jangkiti penyakit. Atas sebab itu, pengambilan vitamin C AMAT DIWAJIBKAN sejak bayi di lahirkan. Definitely, bayi yang berusia bawah 1 tahun tidak di galakkan untuk mengambil Vitamin C dalam bentuk tablet. Atas sebab itu syarikat Forever Living mengeluarkan produk Forever Aloe Bits N Peaches.


Forever Aloe Bits N' Peaches adalah dalam bentuk cecair. Sangat sesuai di berikan kepada bayi hinggalah kanak - kanak berusia 2 tahun. Campuran Aloe Vera dan buah Peach memberikan kesan yang terbaik untuk kesihatan menyeluruh terhadap tubuh termasuk kesihatan gigi dan sistem saraf. Forever Aloe Bits N' Peaches amatlah di gemari kanak - kanak kerana rasanya yang enak. Malah Forever Aloe Bits N' Peaches mengadungi Vitamin C yang tinggi untuk keperluan kanak - kanak.


Jadi sebagai ibu bapa, kita WAJIB memastikan pengambilan vitamin C dalam kehidupan anak - anak. Bantu mereka menjaga kesihatan dan mencegah dari penyakit berbahaya. 


Bagi yang ingin mendapatkan Forever Aloe Bits N Peaches, boleh lah ke "Our Store". Kami menyediakan harga istimewa buat anda. Andajuga boleh menghubungi kami di +6012 - 3465223. Penghantaran produk adalah setiap hari. Kami akan menyediakn produk langsung lagi HQ. Jadi anda tidak perlu risau akan produk yang hampir tamat tempoh.



Older post Newer post