Cart 0
2724270

Surrogate Mother Combo (Part 1, Part 2, Part 3 & Part 4)

RM 35.00


Zayyan Adha. Seorang CEO muda yang sangat berjaya. Zayyan pernah di kecewakan oleh bekas kekasihnya sehinggakan Zayyan menutup pintu hatinya untuk menerima mana - mana gadis. Namun, semakin kejayaannya meningkat naik, Zayyan ingin seorang anak yang dapat di curahkan kasih sayangnya. Zayyan tidak ingin berkahwin. Dia hanya inginkan seorang perempuan yang sudi mengandungkan anaknya. Benih dari dirinya. 

   

Arya Marsya Naira. Kesempitan hidup memaksa Arya menerima idea gila Zayyan. Semuanya demi ibunya yang sedang tenat. Arya bersusah payah mengandungkan serta melahirkan anak Zayyan namun tidak sedikit pun terbit rasa cinta di hati Zayyan. Hanya Arya yang mencintai diri Zayyan.  

  

Perkahwinan antara Zayyan dan Arya sudah masuk tahun ke enam. Sudah tiga orang anak yang di lahirkan oleh Arya. Namun hati Zayyan masih belum terbuka untuk menerima Arya. Arya hanya di anggap isteri untuk dia mendapatkan zuriat. Namun segalanya berubah saat Arya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hubungan rapat antara Arya dengan Izham menimbulkan kemarahan di hati Zayyan hingga dia sanggup memperkosa isterinya sendiri. Apakah Arya masih sudi menerima dirinya? Memaafkan kesilapan dirinya?